Cuti skolah baru nk mula. Sepatutnya semua gembiralah kan.?? Tp aku tahu, aku simpati kat keluarga ni. Cuti skolah yang selalu diluangkan bersama 4 orang anak tersayang, sekarang dah tinggal 3 orang je. Aku agak terkejut. Sampai je kat stesen bas, mak aku ckp yang kawan aku dah dipanggil Ilahi. Apa nak buat?? aku hanya mampu menangis. Aku fikir kalau aku kawan yang jauh pun boleh menangis, apatah lagi keluarga dia sendiri. Bagaimana mereka melalui saat-saat macam ni?? Ya Allah, tabahkanlah hati mereka dalam menerima cabaranmu ini! Rakan yang dahulunya sentiasa bersama aku, bermain, bergaduh, belajar aptah lagi. Impian kami sama2 nk dpt 5A tuk UPSR dulu. Tp syg. Dia terkandas di tengah jalan. Namun begitu, aku kagum dengan dia. Dia x pernah nk mengalah. Dia berusaha lagi nk dpt 8A tuk PMR tahun ni. Tp x sempat. Allah lebih sygkan dia. Masa dia sakit dia ade bgtahu kwn aku, "Aku risau, PMR dah dekat, folio aku x siap lagi." Lihatlah betapa tabahnya hati dia! Dalam sakit-sakit, tengah terlantar dekat atas katil pun masih boleh fikir pasal exam. Tp setabah mana pon dia, sekuat mana pon dia berusaha untuk berjaya, semuanya telah ditinggalkan di dunia yang FANA' ini. Kini, hanya doa sahaja yang mampu ku titipkan buat Allahyarhamah Haziratul Aina.
Al-Fatihah buat kawanku~ Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya~

No comments:
Post a Comment